Berita / Kereta / SUV

Kia buka tempahan untuk Sorenta baharu

May 23, 2016 · 13:12 PM

All-New Sorento

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan tempahan untuk Kia Sorento Serba Baharu kini dibuka sebelum pelancaran rasminya yang dijangka pada akhir bulan ini.

Diiktiraf bagi kecemerlangan di seluruh dunia oleh juri automotif sejak diperkenalkan pada  antarabangsa, Sorento mempunyai pengiktirafan dari pelbagai pihak Anugerah Red Dot, anugerah reka bentuk berprestij di iF Design Awards, Best Family SUV di Drive Car of The Year Awards, Kenderaan SUV Terbaik di Anugerah Kereta Terbaik Australia serta beberapa anugerah lain.

Rekaan baharu Kia Sorento ini diberikan gaya yang lebih premium dengan kombinasi gaya praktika dan teknologi terkini. Antara ciri keselamatan yang dipasangkan pada SUV keluaran Kia ini adalah enam beg udara, pengurusan kestabilan kenderaan (VSM), kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS) dan hill-start assist control (HAC).

Kia Sorento Serba Baharu ini ditawarkan dalam varian Petrol dan Diesel dengan anggaran harga dari RM158,000 (di atas jalan) dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.kia.com.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.