Model supermini premium daripada Audi ini mulanya diperkenalkan dengan versi tiga pintu. Terbaru, versi lima pintu yang lebih praktikal dipanggil A1 Sportback bakal memasuki pasaran bermula dengan negara di Eropah.
Gaya badannya masih sama namun jurutera Audi berjaya menambah lebar dan dan tinggi kenderaan ini bagi membuatkannya lebih luas.
Daripada segi enjin, pengguna mempunyai enam pilihan iaitu tiga petrol (1.2 TFSI 86hp, 1.4 TFSI 122hp dan 1.4 TFSI 185hp) dan tiga diesel (1.6liter TDI 90hp, 1.6liter TDI 105hp dan 2.0liter TDI 143hp). Semuanya datang bersama pengecas turbo.
Audi A1 1.4 TFSI 185hp akan dilengkapi transmisi tujuh kelajuan S-Tronic dengan klac berkembar sementara transmisi tersebut akan dijual sebagai pilihan kepada pembeli A1 1.4 TFSI 122hp dan 1.6 TDI 90hp. - BH Auto, 18 November 2011.











