
Satu lagi model kenderaan siri Q dari Audi diperkenalkan untuk pasaran Malaysia oleh pengimport rasmi kenderaan jenama berkenaan, Euromobil Sdn Bhd. Pelancarannya dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir sambil diiringi Pengerusi Euromobil Sdn Bhd, Datuk Seri Khamil Jamil di Subang Jaya.
Dari penampilannya, Audi Q3 nampak hampir sama dengan Q5, tetapi ia sebenarnya 244mm lebih pendek dan 67mm kurang lebar. Buat masa ini Euromobil hanya membawa Q3 dalam satu variasi enjin sahaja iaitu 2.0-liter TFSI petrol (170hp/280Nm) yang dijual pada harga RM258,000 (tanpa insurans), namun pengguna masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan Q3 versi sport S-Line pada harga tambahan RM21,000. Dalam pakej ini disediakan kit badan penuh, rim lebih besar, gril krom dan tempat duduk sport Alcantara.
Dari enjin, kuasa disampaikan kepada semua empat tayar Q3 (4WD) melalui transmisi tujuh kelajuan S-Tronic. Pemandu juga boleh memilih empat mod pemanduan pada Q3 iaitu Automatik, Dynamic, Comfort dan Efficient.
Pada majlis sama, tetamu kehormat turut menyampaikan kunci kepada sembilan pemilik awal Audi Q3 baru.
INFO
3
Pilihan warna Q3; Oren Samoa, Hitam Brilliant dan Putih Glacier.
7,7L/100km
Penggunaan bahan api
Ciri-ciri khas
Sistem kawalan suara, skrin informasi 6.5 inci, sistem audio 10 pembesar suara, penukar CD, lampu automatik.








