Berita / Produk

Caltex kini dengan teknologi Clean & Glide

May 9, 2016 · 13:54 PM

Photo 1

Chevron, pengeluar bahan api jenama Caltex memperkenalakan bahan api Caltex dengan Techron yang difomulasikan dengan teknologi Clean & Glide baharu yang menjanjikan perlindungan dan pembersihan  permukaan logam di dalam enjin kenderaan.

Caltex dengan Techron teknologi Clean & Glide ini dapat membantu mengurangkan geseran antara komponen enjin utama serta memberikan perlindungan, penjimatan bahan api yang lebih baik dan kuasa dimaksimumkan dengan penggunaan yang berterusan dari masa ke masa.

Menurut Pengurus Besar Chevron, Produk Malaysia, Singapura dan Kemboja, Shahid Ahmed berkata, “Penambahan teknologi Clean & Glide ini membuktikan komitmen kami dalam mempertingkatkan produk bersesuaian dengan keperluan pasaran. Bahan api Caltex bukan sahaja membantu merawat kereta tetapi dalam masa yang sama memberikan faedah tambahan tanpa kompromi.”

Pengenalan Caltex dengan Techron bersama teknologi Clean & Glide ini akan menyertai rangkaian produk lain yang ditawarkan Caltex seperto TechronD untuk enjin diesel dan pelincir tambahan, Techron Concentrate Plus.

Sempena pengenalan bahan api baharu ini, Chevron menganjurakn peraduan ‘Caltex Fun Truck’ yang akan berlangsung sehingga 29 Mei 2016 yang menawarkan hadiah kad StarCash bernilai RM200 dan peluang untuk dimasukkan ke dalam iklan promosi Caltex kepada lima pemenang mingguan.

Untuk menyertai hanya perlu mengambil gambar selfie bersama trak Techron dan memuat naik gambar ke Facebook Caltex Malaysia atau laman Instagram peribadi dengan hashtag #CaltexMYNewTechron dan #SpotCaltexFunTruck.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.caltex.com/my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.