Kerkus bina motosikal belakang rumah
Hobi yang bertukar menjadi kerja tetap Ada yang mengatakan, dengan semangat dan keinginan, seseorang itu pasti dapat melakukan sesuatu apa pun yang dihajati. Itulah yang cuba dibuktikan oleh dua anak muda yang memulakan bengkel membina motosikal kustom, Kerkus Cycles, hanya di belakang rumah sahaja.
Usaha keras dorongan PJ One Motorcycle
Kandas pendidikan bukan penghalang untuk capai kejayaan Hampir 15 tahun bertapak di dalam industri pemotoran, kini PJ One Motorcyle Sdn Bhd bukan sahaja dikenali dalam kalangan peminat motosikal vintaj di Malaysia tetapi sudah melebarkan sayapnya ke hampir 15 buah negara menjangkaui negara Eropah.
BSA Sloper paling lengkap
Jentera 500cc keluaran tahun 1927 masih sasa Sepanjang sejarah dunia motosikal klasik, apakah kaitan antara sebuah kilang membuat senjata dengan motosikal? Sebuah jenama tua yang masih disanjungi oleh peminat motosikal British adalah Birmingham Small Arms (BSA) yang terkenal dengan lambang 3 senapang.
Sentuhan halus Beautiful Machines
Mendorong usaha mengembangkan budaya seni permotoran jalanan Sejak dari usia 10 tahun, Eng Chin Guan mula berjinak dengan dunia baik pulih motosikal. Di sebuah bengkel milik datuknya sendiri di Sungai Besar, Selangor, beliau akan menghabiskan masa terluang terutama ketika musim cuti sekolah di premis sederhana berkenaan.
Geneva terima tumpuan luar biasa
104 model kenderaan terkini ditampilkan kepada dunia buat pertama kali Memasuki tahun penganjurannya yang ke-83 tahun ini, Pameran Permotoran Geneva adalah satu-satunya pameran yang seumpamanya berlangsung dipentas dunia.
Sentuhan dan perincian terkini lonjak imej mewah
E-Class terbaru papar pelbagai perubahan dan kemaskini penting Pengenalan model E-Class terbaru yang dijangka bakal menjengah pasaran Malaysia Julai tahun ini akan menyaksikan peralihan strategi penawarannya berbanding model terdahulu, dengan hanya versi Avantgarde bakal dibawa masuk.
Pengalaman pemanduan Jaguar di litar
Enjin 2.0 liter terbaru tetap beri kepuasan Pengalaman memandu model-model kenderaan dari Jaguar selalunya memberi kepuasan yang berlainan.
Program tunggangan jelajah Asia
Pada Mei 2013, satu program penjelajahan bakal ditayangkan di saluran STAR Sports seluruh Asia, menampilkan pengacara dan penunggang motosikal terkenal, Charley Boorman.
Peranan Marshall dalam konvoi
Tiada kuasa arahkan pengguna jalan raya beri laluan Bahagian II Susulan daripada artikel kolum ini yang disiarkan minggu lalu, BH Auto turut mendapatkan penjelasan dari Polis Diraja Malaysia berhubung dengan amalan ‘paksaan’ memberi ruang kepada kumpulan konvoi oleh ‘Marshall’ bertugas.
Ujian keselamatan NCAP di Malaysia
Melibatkan lapan model kenderaan yang dijual dipasaran tempatan Ford Fiesta telah dianugerahkan pengiktirafan tertinggi untuk ciri-ciri keselamatan kereta dan perlindungan bagi penumpang di kalangan lapan buah model kenderaan yang telah diuji untuk perlanggaran hadapan dibawah program terulung Asean NCAP (Program Penilaian Kereta Baru Asean).
Barangan Ducati untuk semua
Dari jalanan menjadi pelengkap gaya hidup Untuk menggayakan imej seorang ‘Ducatisti’, anda tidak semestinya memiliki sebuah motosikal Ducati. Jika anda seorang peminat jenama ini, pelbagai pakaian dan barangan Ducati boleh didapati bagi membantu anda tampil bergaya dan menarik.
Skuter Klasik Henkel Tourist
Model eksklusif era terdahulu kembali bernyawa. Nama Vespa dan Lambretta mungkin sudah sinonim dalam kalangan peminat skuter klasik tempatan. Namun, jika disebut tentang skuter Henkel, masih ada yang janggal dengan nama itu. Ernst Henkel, pengasas Ernst Henkel Aircraft Works pada 1922 bertindak sebagai pengusaha industri berat dan pembangunan kapal terbang untuk Jerman ketika Perang Dunia...




