Pameran Permotoran Geneva bakal berlangsung Mac nanti. Tetapi, pengeluar kenderaan dunia sudah mula ‘membocorkan’ maklumat model-model yang bakal dipersembahkan nanti. Walaupun banyak kenderaan futuristik dan hibrid yang dijangka menjadi tumpuan, tidak dapat dinafikan bahawa kereta kompak dengan kelengkapan paling asas turut menjadi trend terkini pengeluaran kenderaan seluruh dunia.

Sebagai contoh, Skoda, yang merupakan sebuah jenama yang bernaung di bawah payung besar Volkswagen, turut akan memperkenalkan model kompaknya, dikenali dengan nama Citigo. Dilengkapi dua versi enjin 1.0 liter untuk pasaran Eropah. Ia menjana 60hp kuasa dan 75hp kuasa masing-masing, dengan penggunaan petrol 4.1 liter bagi 100km. - BH Auto, 3 Februari 2012.