Diari

Perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia

Tarikh: 2 Oct 2016
Tempat: Litar Antarabangsa Sepang
Penganjur: FIA

Catatan: Bagi edisi perlumbaan musim baru 2016, terdapat perubahan jadual dan peraturan yang bakal diperkenalkan. Perlumbaan akan bermula pada 20 Mac di Australia. Satu lokasi baharu ditambah, bertempat di Baku, Azerbaijan.

Art of Speed Malaysia 2016

Tarikh: 28 May 2016 - 29 May 2016
Tempat: Hall A, C dan kawasan luar MAEPS, Serdang
Penganjur: Initium Sdn Bhd

Catatan: Turut dikenal sebagai AOS, Pameran yang dibuka mulai jam 10 pagi hingga 6 petang ini akan mempamerkan kenderaan klasik & kustom, acara Soap Box, galeri seni MotoCircus, demonstrasi kereta lowrider "Hopping", kugiran musik, bazaar jualan, trak makanan dan lain-lain lagi. Hubungi MizzDeni di talian +60193736798 untuk sebarang pertanyaan.

Program Pengurusan Bahagian Sektor Automotif, Pengangkutan dan Peralatan

Tarikh: 20 Apr 2016 - 21 Apr 2016
Tempat: Rail Canteen, Sunway Nexis, Kota Damansara
Penganjur: ACS AsiaPAc Sdn Bhd

Catatan: Memberi tumpuan kepada aspek perniagaan, bahagian jabatan yang kurang difahami, potensi berdepan kerugian. Merupakan satu program latihan yang baik untuk kakitangan bahagian khidmat lepas jualan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.acsasiapac.com

Land Cruiser Jungle Jam 2016

Tarikh: 26 Mar 2016 - 27 Mar 2016
Tempat: Taman Alam Liar, Ulu Jemaloi, Kenaboi, Negeri Sembilan
Penganjur: Toyota Land Cruiser Fans Malaysia

Catatan: Merupakan hari perjumpaan buat pemilik kenderaan Toyota Land Cruiser dari pelbagai varian. Selain dari aktiviti perkhemahan keluarga, terdapat juga pameran versi lama model Land Cruiser dari awal tahun 70-an, jualan car boot, penukaran alat ganti dan barangan cenderamata. Tarikh tutup 19 Mac 2016. Jika berminat, hubungi Amir (Lagong) di talian 016-2933329.

Kedah International Motor Fest

Tarikh: 29 Jan 2016 - 31 Jan 2016
Tempat: Taman Darul Aman, Jitra, Kedah
Penganjur: Kedah Riders Club

Catatan: Untuk sebarang pertanyaan, pendaftaran atau tempahan tempat, sila hubungi 019-4009200 (panggilan telefon dan Whatsapp sahaja), faks ke 04-9173778 atau email ke kedahridersclub@gmail.com. Juga boleh hubungi 013-4329633 (Shahnon), 019-4773939 (Hatta), 012-4322552 (Bg Lan) dan 01905946868 (Mizi).

Karnival CNY Kia

Tarikh: 15 Jan 2016 - 17 Jan 2016
Tempat: Kia Red Cube Petaling Jaya
Penganjur: Naza Kia

Catatan: Kempen promosi sempena Tahun Baru Cina. Antara tawaran yang diberikan ialah angpau RM2,000 untuk Kia RIo Sedan, jualan gudang bagi alat ganti tulen serta banyak lagi tawaran istimewa lain

Hari Terbuka SUV Mercedes-Benz

Tarikh: 15 Jan 2016 - 17 Jan 2016
Tempat: Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KL Pac)
Penganjur: Mercedes-Benz Malaysia

Catatan: Kemunculan GLC Mercedes-Benz dan GLE Coupe buat kali pertama untuk tatapan umum di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti Rock Climbing, Bungee Trampoline, Power Cycling dan Flying Fox dengan peluang untuk memenangi hadiah menarik. Untuk maklumat lanjut, layari www.hungryforadventure.com

Pameran Motorsikal Antarabangsa Malaysia 2016 (MIMS)

Tarikh: 8 Jan 2016 - 10 Jan 2016
Tempat: Dewan Tun Razak, PWTC KL
Penganjur: Eria Ventures Sdn Bhd

Catatan: Acara ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dengan pameran yang disertai oleh jenama pengeluar motorsikal terkenal antarabangsa serta aksesori dan barangan yang berkaitan.

Pameran Motorsikal Antarabangsa Malaysia 2016 (MIMS)

Tarikh: 7 Jan 2016 - 10 Jan 2016
Tempat: Dewan Tun Razak 1,2 & 3 PWTC KL
Penganjur: Eria Ventures Sdn Bhd (EVSB)

Catatan: Acara dalam kalendar Tourism Malaysia. Penampilan khas oleh Triumph Rocket III; motorsikal dengan kapasiti enjin terbesar di dunia dengan 2,300dd. Khidmat pembiayaan kewangan dan aktiviti jual beli jentera dua roda dengan promosi istimewa turut dijangkakan bakal berlangsung

4×4 Hardcore Enduro Challenge

Tarikh: 31 Dec 2015 - 2 Jan 2016
Tempat: Seri Iskandar, Perak
Penganjur: Anita Entertainment & Production, Hotel Setia Awan

Catatan: Program cabaran akhir tahun yang pertama kali diadakan di Malaysia. Menawarkan wang tunai sehingga RM3,000 beserta trofi untuk tempat pertama. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi, 0123618749 atau 01123248282