Berita / Kereta / SUV

Ford Everest baharu sudah dipasaran

May 9, 2016 · 15:52 PM

New Ford Everest_Sand

Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) melancarkan SUV baharu, Ford Everest yang dilengkapi teknologi bantuan pemandu termaju dan sistem ketersambungan SYNC 2 Ford bersama keselesaan ruang kabin untuk tujuh orang penumpang.

Hadir dalam pacuan dua dan empat roda, Everest baharu yang ditawarkan pada harga RM198,888 (atas jalan tanpa insurans) dipasang dengan tujuh beg udara ini, menerima penarafan lima bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

Didatangkan dalam empat warna elegan; Sunset Metallic, Cool White, Black Mica Metallic dan Aluminium Metallic, SUV keluaran Ford ini dilengkapi fungsi penggilap cermin automatik, soket kuasa kapasiti 230 volt, pelarasan tempat duduk lapan cara talaan.

New Ford Everest_Interior2

Dipasangkan dengan skrin sentuh bersaiz 8-inci, Ford Everest menawarkan pilihan enjin diesel TDCi lima silinder 3.2 liter Duratorq generasi baru. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 200PS dan tork 470Nm.

Untuk penjimatan bahan api, enjin diesel TDCi empat silinder Duratoq bersesaran 2.2 liter generasi baru yang berupaya menjana kuasa sehingga 160PS dan tork 385Nm turut ditawarkan sebagai pilihan.

Antara teknologi pintar pada Ford Everest adalah seperti Roll Stability Control, Hill Launch Assist Emergency Brake Assist, Emergency Brake Light,  Trailer Sway Control dan Roll Stability Control.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ford.com.my/suvs/all-new-everest.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.