Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini memperkenalkan edisi khas bagi model Honda City 2011 Generasi Ketiga. Untuk versi ini, hanya 500 unit sahaja ditawarkan kepada pelanggan yang berminat.
Pertambahan baru yang dikenakan pada model berkenaan adalah kit badan penuh Modulo, memperlihatkan gaya yang lebih sporty kepada model sedia ada. Selain itu, pelanggan yang ingin memiliki versi terhad ini juga diberi peluang untuk memilih nombor istimewa dari 001 hingga 500 untuk kereta mereka, yang diukir pada trim sisi pintu kereta terbabit (contohnya City SE 001).
Model khas ini juga dilengkapi dengan filem penapis haba dengan teknologi nano pada setiap cerminnya. Ditawarkan hanya di dalam dua warna, Polished Metal dan Taffeta White, model ini dijual pada harga RM92,890, hanya RM2,500 lebih mahal berbanding model biasanya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian bebas tol Honda di 1800 88 2020 atau layari www.honda.com.my. – BH Auto, 5 Oktober 2011.







