Minyak enjin adalah antara bahan terpenting dalam memastikan kenderaan dapat memberi prestasi optimum sepanjang pemanduan. Bila berkata tentang jenama Hyrax Oil, mungkin ramai yang tidak tahu asal-usulnya atau bagaimana prestasi produk yang dihasilkan. Hyrax Oil Sdn Bhd ialah sebuah syarikat tempatan yang kini sudah beroperasi selama lebih 20 tahun dan mempunyai kilang pemprosesan di tanah seluas 3.5 ekar di Meru, Klang.

Barisan produk yang dikeluarkan syarikat ini begitu luas, bermula untuk kegunaan asas seperti minyak brek, klac serta pelincir enjin hingga untuk kegunaan komersial seperti minyak transformer dan gris. Bagi kenderaan penumpang, gred yang dirumus merangkumi 0W30, 5W40, 10W40, 20W40 dan 20W50. Pengguna juga mempunyai pilihan sama ada sintetik penuh atau semi sintetik, bergantung kepada kesesuaian enjin serta jenis penggunaan.

Menjadi sebuah syarikat tempatan, Hyrax Oil menjanjikan pengeluaran produk yang berkualiti untuk pengguna pada harga yang berpatutan. Sebagai contoh, Hyrax Ultra Novo Mineral 20W50 empat liter dijual pada harga RM65 (harga cadangan). Turut berada dalam senarai produk keluaran Hyrax Oil adalah minyak enjin berprestasi untuk perlumbaan. Bukti ketahanan minyak ini boleh dilihat sendiri melalui penglibatan kenderaan lumba yang mendapat tajaan Hyrax Oil dalam acara permotoran tempatan seperti Saturday Night Fever.

Mengikut pengalaman beberapa minggu menggunakan minyak semi sintetik 10W40 Hyrax Oil pada enjin SR20DET, respon enjin menjadi ‘ringan’ dan setiap kali pedal ditekan, kuasa enjin terus dapat dirasa dan tidak seperti ‘meraung’. Namun selain kuasa, minyak enjin juga bertindak sebagai pembersih komponen-komponen dalaman dan pelincir kepada bahagian yang bergerak laju dalam enjin. Untuk ini, Hyrax Oil diiktiraf dengan sijil ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International dan mematuhi tahap pengeluar asal kenderaan (OEM).

Bagi memastikan pengguna Malaysia dapat menikmati kelebihan pelincir ini, Hyrax Oil kini sedang giat mengembangkan rangkaian pengedar mereka dan kini boleh didapati di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Hyrax Oil Sdn Bhd di talian 03-21635893, layari www.hyraxoil.com atau hubungi pengedar tunggalnya, Professional Lub Sdn Bhd di talian 03-33247008. - Durrani Sharom, 3 Februari 2012.