Selain daripada penggunaan enjin yang lebih kecil untuk janaan kuasa yang lebih tinggi, kereta dengan reka bentuk wagon kini kembali menjadi perhatian pengeluar kenderaan antarabangsa. Terbaru, khas untuk tatapan pemerhati ketika Pameran Permotoran Geneva minggu depan, Jaguar memperkenalkan model yang sekian lama menjadi buah mulut. Jaguar XF Sportbrake disifatkan sebagai model paling versatil bagi barisan produk XF setakat ini. Lebih menarik, model ini menggunakan enjin diesel 2.2 liter empat silinder dan turut ditawarkan dengan enjin 3.0 liter enam silinder, dengan pacuan belakang. - BH Auto, 1 Mac 2012.








