Berita / Komuniti

Juara Kia Champ Into The Arena akan beraksi di Perancis

Apr 28, 2016 · 12:43 PM

Photo1

Kejohanan futsal, Kia Champ into the Arena 2016, anjuran Naza Kia Malaysia menyaksikan persaingan sengit antara 63 pasukan pada pertandingan akhir yang diadakan pada 24 April lalu di Sports Planet Ampang.

Bagi kategori Terbuka Lelaki, menyaksikan Puchong Fuerza A menjuarai pertandingan sekali gus akan mewakili Malaysia di kejohanan Kia Champ Into The Arena yang akan berlangsung di Bordeaux, Franceon pada 1 Julai 2016. Selain kesemua perbelanjaan perjalananan ke Perancis ditanggung sepenuhnya, pasukan ini turut menerima wang tunai RM6,000, piala pusingan, pingat kejuaraan dan tiket ke suku akhir EURO 2016.

Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan M.A.C FC A yang membawa pulang wang tunai RM4,000 dan pingat perak, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Raff MBC B yang menerima wang tunai RM2,500 beserta pingat gangsa.

Kia Champ Into The Arena adalah inisiatif global oleh Kia Motors Corporation bagi rakyat Malaysia untuk mengalami dan menjadi sebahagian daripada keseronokan EURO 2016, salah satu acara sukan terbesar tahun ini.

Selain kejohanan futsal ini , Naza Kia Malaysia turut memberikan peluang kepada seorang rakyat Malaysia untuk memenangi lawatan ke Perancis dengan semua perbelanjaan ditanggung bagi menonton perlawanan pembukaan di EURO 2016.

Mereka yang berminat untuk mencuba hanya perlu memandu uji mana-mana model Kia dan akan menerima kupon cabutan bertuah yang secara automatik dimasukkan ke dalam peraduan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada bulan Mei 2016 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.