Konvoi Suzuki ke Teluk Chempedak

Baru-baru ini Kelab Suzuki pahang menganjurkan satu konvoi bertujuan mempromosi kempen pemanduan berhemah. Bermula dari bandar Temerloh, konvoi seramai 107 orang penunggang bergerak menuju ke teluk Chempedak, Kuantan.
Semuanya adalah pemilik motosikal daripadda jenis Suzuki yang terdiri daripada model Belang, Shogun, FXR dan FX 125.
Objektif lain konvoi ini adalah membantu pihak berkuasa menyemai sikap positif, memastikan pengguna lebih bertanggungjawab, meningkatkan jati diri pengguna jalan raya, mengikis tanggapan segelintir pihak yang menyatakan penubuhan kelab permotoran sebagai satu yang membazir atau tidak berfaedah dan melahirkan pemandu yang berdisiplin serta berhemah.
Berikut adalah gambar yang kami terima daripada ketua konvoi, Ahmad Zakwan bin Johan.