Tiada apa yang boleh menggambarkan dengan tepat sesuatu cabaran melainkan merasai sendiri apa yang diperkatakan. Itulah yang telah dilalui oleh 14 petugas media yang dijemput menyertai cabaran pemanduan Pandu dan Jimat Shell Malaysia. Pengembaraan dua hari ke Club Med di Cherating, Kuantan itu juga adalah selaras dengan komitmen Shell untuk mendidik pemandu Malaysia mengenai tahap kecekapan bahan api Shell.
Ketua pemasaran runcit Shell Malaysia, Singapura, Brunei & Hong Kong Christine Liew berkata, “Rakyat Malaysia sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.
“Bagi sesetengah orang, ini diterjemahkan dengan mengurangkan perjalanan mereka. Tetapi ramai di antara kita tidak tahu bahawa terdapat cara-cara untuk menguruskan penggunaan bahan api bagi membolehkan mereka untuk terus menjalani gaya hidup pilihan mereka melalui penjimatan bahan api. Di Shell, kami bertekad untuk menggalakkan peningkatan kecekapan penggunaan bahan api di kalangan para pemandu Malaysia dan bagaimana ia boleh membawa kepada lebih penjimatan.”
“Kami berharap ini perjalanan ini mampu memberi gambaran kepada rakan-rakan media kami bagaimana kecekapan bahan api dan tip-tip penjimatan bahan api akan membolehkan kita untuk pergi bercuti lebih jauh,” kata Liew.
Dalam cabaran ini para petugas media dikehendaki untuk memandu di sepanjang laluan yang telah ditetapkan oleh Shell, di samping mengamalkan beberapa panduan penjimatan yang disyorkan mereka dengan memandu kereta Hyundai Sonata model 2011 yang ditaja oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd.
Enam pasukan yang terdiri daripada dua wartawan dan seorang wakil Shell dibekalkan dengan kamera digital, kad Touch N Go, peranti GPS dan dan sedikit wang tunai untuk menangani cabaran yang diberikan. Peserta mesti lah melaksanakan tugas dengan menggunakan jumlah bahan api dan wang yang sedikit mungkin.
Saintis Bahan Api Shell Global Solutions (Kumpulan Runcit & Automotif dan Bahan Api) Ratchatapong Boonwatsakul turut berkongsi beberapa panduan penjimatan dengan para peserta. Di antara nya ialah memelihara momentum kenderaan dan menjarakkan kenderaan dari kenderaan di hadapan, menggunakan kawalan kembara (auto-cruise), mengelakkan melahu enjin dengan berlebihan dan mengurangkan pecutan mendadak.
Hentian terakhir adalah di stesen Shell Cherating, di mana bahanapi berbaki telah disukat untuk menentukan pasukan mana yang memenangi cabaran ini. Ratchatapong berkata angka rasmi penggunaan ekonomik bahan api untuk Hyundai Sonata 2.0 merupakan 13.2km seliter, dan bagi yang berenjin 2.4 liter, ianya adalah 12,5 kilometer bagi setiap liter bahan api. Beliau berkata purata bahan api untuk kesemua enam kereta yang dipandu dalam cabaran ini sepanjang 365km keseluruhan nya, adalah 15.44km seliter. Ini adalah 24 peratus lebih baik daripada angka rasmi takap ekonomik bahan api rasmi yang dikeluarkan pembuat kereta Hyundai. - Salihin Rahim, 28 Februari 2012.







