1. Enjin diesel keluar minyak
Saya ada sebuah Pajero enjin 4D56 diesel tahun 1996 yang baru saya beli. Baru-baru ini, minyak hitam nampak macam ada keluar melalui ‘extractor’ ekzos pada bahagian penyambung. Adakah ini perkara biasa bagi pengguna enjin diesel? Perkara kedua, berkenaan meter minyak hitam dan bateri pada papan pemuka. Adakah tekanan bacaan jarum minyak hitam berkait rapat dengan meter cas semula bateri yang mana adakalanya bacaan jarum minyak hitam menurun ke tahap 1/2 dari bacaan 30 dan bacaan meter cas bateri menurun sedikit apabila pendingin hawa dibuka? – nizam@lgm.gov.my
Jawapan: Minyak diesel yang keluar dari sistem ekzos menandakan pembakara diesel yang kurang sempurna di dalam kebuk pembakaran. Salah satu sebab ialah lubang pada alat suntikan minyak atau penyuntik bahan api yang sudah haus atau separa tersumbat oleh selaput karbon.Meter tekanan minyak hitam atau ‘oil pressure gauge’ tiada kaitan dengan meter voltan bateri atau ‘battery voltmeter’. Bila enjin dihidupkan, tekanan minyak pelincir akan naik dan bacaan meter akan naik sama menandakan tekanan yang mencukupi bagi kelancaran perjalanan enjin. Meter voltan bateri akan menurun sedikit semasa penggunaan sistem pendingin hawa kerana motor kipas penyejuk akan menarik kuasa daripada bateri. Sama juga seperti ketika lampu hadapan dipasang, ianya akan menarik kuasa dari bateri tetapi sistem pengecas atau alternator menentukan bateri akan sentiasa dicas.
2. Langgar lopak, enjin macam nak mati
Saya ada dua masalah.a) Bila kenderaaan saya melalui kawasan lopak (ada air) enjin kereta saya seolah-olah macam nak berhenti (mati). b) Apabila memandu kereta saya tiada pick up, pembakaran minyak melampaui kadar biasa. 017-6551814
Jawapan: a) Jika kereta kereta melanggar lopak air dan air tersebut tersimbah pada bahagian sistem pencucuhan atau ‘ignition system’ termasuk ‘ignition coil’, kabel dan palam pencucuh ia boleh menyebabkan enjin tersengguk-sengguk dan kadang-kala enjin boleh mati dengan sendirinnya.
b) Dua sistem utama yang memastikan prestasi enjin berjalan lancar; sistem pencucuhan dan sistem bahan bakar. Jika prestasi salah satu sistem tersebut atau kedua-duanya tidak memuaskan ia akan menyebabkan prestasi enjin menurun dan juga boleh menyebabkan peningkatan penggunaan bahan bakar.
3. Asap putih Sorento
Kia Sorento tahun 2003 saya menghadapi masalah asap putih yang kerap keluar. Sebelum ini pernah terjadi asap hitam yang keluar banyak dan kemudian 1 unit penyuntik diganti sementara 3 unit selebihnya diservis serta turbo ditukar. Soalan saya apa perlu saya lakukan dan bagaimana untuk mengetahui punca masalah asap putih yang terjadi kali ini? Masalah injector atau piston ring? Atau masalah lain? – tawlin2001@yahoo.com
Jawapan: Masalah keluar banyak asap putih dari ekzos boleh disebabkan oleh pembakaran minyak hitam di dalam kebuk pembakaran tetapi biasanya asap tersebut berwarna kebiruan dan boleh juga disebabkan air dari sistem penyejukan enjin masuk ke dalam kebuk pembakaran. Jika asap yang keluar agak sedikit ia tidak jadi masalah.
4. Pedal minyak longgar
Kadang-kadang pedal minyak kereta Waja saya jadi longgar. Enjin tiba-tiba menderum dengan kuat bagaikan gear tidak masuk. Kereta gerak sendiri tanpa tekan pedal minyak. Hanya untuk sementara sahaja, lepas itu ok. 0134807462
Jawapan: Sila dapatkan khidmat mekanik yang mahir untuk memeriksa keadaan kabel di antara pedal minyak dan ‘throttle body’. Jika tidak diperbaiki ia boleh mengundang keadaan yang kurang selamat ketika memandu terutamanya di lebuh raya.
TIP PENJAGAAN TAYAR – Tukar tayar bocor secepat mungkin
Jika tayar anda kehabisan angin atau bocor, berhenti dengan segera di tempat yang selamat. Keadaan fizikal tayar boleh rosak sekiranya kenderaan terus bergerak dan tidak lagi selamat digunakan. Antara kerosakannya adalah seperti belahan di bahagian sisi dan bentuk yang tidak sekata.





5 comments
Andy says:
Jul 20, 2012
Kia sorenta saya tahun 2005, kerap mengerluarkan
ASAP Putih yg banyak, apa masalah? Injector Sudah tukar baru,
Minyak enjie boleh kat menjadi punca? Kerana nampak Ada minyak Hiram
Dilantai Dan Ada kurang minyak di engine. Macam mana?
HAPIZAM says:
Aug 7, 2012
Salam, saya baru membeli sebuah ford ranger terpakai. beberapa minggu lepas kereta saya menghadapi masalah kekurangan minyak hitam yang terlalu ketara. setelah dibaiki, masalah tersebut selesai, namun begitu kereta saya menghadapi masalah yang baru iaitu mengeluarkan asap hitam yang terlalu banyak terutamanya semasa awal pemanduan dan semasa menggnakan gear yang rendah. Apa yang perlu saya lakukan?
walt says:
Oct 24, 2012
Saya baru membeli sebuah ford ranger terpakai. beberapa bulan lepas kereta saya menghadapi masalah terdapat bunyi yang sangat kuat pada bahagian bawah sebelah pemandu apabila melalui jalan berbatu.
Fiq says:
Nov 25, 2012
salam, kia sorento 2003 masalah dia adalah kalau jalan jauh lebih 50km dan selepas itu rehat dan off injin, bila nak start balik 2 kali baru on, jadi risau pulak kalau jalan jauh bila berhenti rehat bila start takut x boleh hidup- apa masalahnya ya ?
jiro says:
Jan 9, 2013
saya ada masalah dengan gear kereta saga blm saya.apabila dlm keadaan free gear dan digerakkan ke kiri, rasa macam gear itu longgar tidak macam dulu yang gear tu kembali ke posisi tengah,,terasa lembut apabila menukar ke gear 1,2,3 dan 4..tapi bila dari posisi free gear posisi tengah ke kanan(gear 5 dan reverse) ianya keras seperti biasa. apa masalahnya tu ya?