Berita

Millennium Welt Kuantan, pengedar baharu BMW

May 24, 2016 · 14:01 PM

BMW 01

BMW Group Malaysia memperkenalkan Millennium Welt Kuantan sebagai penambahan terbaharu dalam rangkaian pengedarnya di Malaysia.

Dengan premis yang terletak di Lot 32, Jalan Teluk Sisik , 25000  Kuantan, Pahang ini akan menyediakan kemudahan 4S yang komprehensif kepada pelanggan di seluruh negeri Pahang dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Memiliki ruang binaan seluas 28,000 kaki persegi, pengedar 4S baharu ini diselia oleh lebih 20 orang kakitangan yang berdedikasi. Ia juga mampu mempamerkan sehingga enam buah kenderaan di ruang pamerannya.

BMW 02

Millennium Welt Kuantan ini turut  merangkumi ruang kerja untuk kakitangan jualan dan penasihat jualan, Isetta Café, sebuah lounge pelanggn, ruang penyerahan kenderaan dan tempat perbincangan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian 09-516 1666 atau layari laman web: www.bmw.com.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.