Edaran Tan Chong Motor baru sahaja melancarkan MPV premium tujuh tempat duduk Elgrand serba baru (diimport sepenuhnya) dan Murano SUV yang dipertingkat.

Platform serba baru yang kini lebih rendah pada Elgrand menjadikannya lebih stabil dan selesa. Menggunakan enjin V6 3.5 liter berkuasa 276hp dan 344Nm, ia dijual pada harga RM384,863.20.

Bagi Murano, selain peningkatan yang jelas dilakukan pada reka bentuk luaran, bahagian dalam juga kini dilengkapi dengan jahitan berkembar pada tempat duduk kulit, paparan meter lebih jelas,bentuk baru konsol tengah, kedudukan skrin yang diubah (lebih mudah dilihat) dan sambungan USB. Untuk menggerakkannya, enjin V6 3.5 liter berkuasa 257hp dan 336Nm digunakan bersama transmisi CVT. Harga yang ditetapkan untuknya adalah RM318,882.50.

Kedua-dua harga di atas adalah tidak termasuk insuran untuk Semenanjung Malaysia dan datang bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km. ETCm juga menyediakan khidmat bantuan 24 jam untuk pemilik. - BH Auto, 2 Mei 2012.