Rupa kenderaan konsep terbaru dari pengeluar kenderaan Jepun terkemuka, Nissan mula diedarkan sebagai menghangatkan suasana sebelum ia dipamerkan buat pertama kalinya di Pameran Motor Geneva Mac ini. Nama ‘Invitation’ yang digunakan pada model kompak ini bermaksud jemputan dan dipilih sebagai pernyataan bahawa kelebihan yang ada padanya bakal menawan hati pengguna. Ia mungkin adalah penyambung generasi kepada Nissan Note dan bakal menyertai model Micra dan Juke Crossover dalam pasaran Eropah. Maklumat lebih mendalam hanya akan diketahui apabila ia dipersembahkan kepada ramai di Geneva 6 Mac nanti.