Mitsubishi Motor Malaysia baru sahaja memperkenalkan varian Pajero yang dinaik taraf. Antara peningkatan yang diterima adalah rekaan baru pada gril hadapan, bampar, ‘skid plate’, rel bumbung serta rim aloi 18 inci.

Sama bergaya seperti di luar, bahagian dalaman pula kini boleh didapati dalam pilihan meter berwarna merah yang nampak lebih sporty dengan penggunaan bahan kulit pada beberapa bahagian utama yang dikekalkan.

Pajero dijual pada harga RM298,980 termasuk insuran, jaminan tiga tahun atau 100,000km dan penyelenggaraan percuma dalam masa dua tahun atau 40,000km. Model ini diimport terus dari Jepun dan dikuasakan oleh enjin MIVEC 3.8 liter V6 serta lengkap dengan ciri-ciri terkini seperti kamera undur, sistem ‘Brake Overide’, Kawalan Semua Roda (AWC), ABS, EBD, sistem audio Rockford 12 pembesar suara dan lampu HID. - BH Auto, 14 Disember 2011.