Sime Darby Auto Connexion, selaku pengedar sah Land Rover akan mengadakan pameran bergerak di Shayo De Vin Greentown (sebelah CIMB Greentown) Ipoh, Perak pada 20 dan 21 April 2013 bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Pameran ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada orang awam untuk memandu uji Range Rover Evoque 2.0L petrol dan 2.2L diesel baru yang memiliki ciri reka bentuk canggih, tahap prestasi tinggi serta tahap kecekapan pembakaran bahan api terbaik.

Bagi pemilik Land Rover sekitar Ipoh kini boleh mendapatkan servis lebih baik dengan kewujudan Pusat Perkhidmatan Land Rover yang dibuka di sana.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian 05-5452211.