Bermula minggu ini, BH Auto menjalankan peraduan di Facebook. Setiap minggu, satu foto akan dipaparkan di dalam Album BH Auto di Facebook. Pembaca hanya perlu meneka (atau mencari) foto berkenaan dari entri-entri di laman web ini dan nyatakan tajuk penuh artikel berkenaan di bahagian ’Komen’ di album Facebook berkenaan.

Jika lebih daripada seorang pembaca yang menepati kriteria dan memberikan jawapan betul, pihak redaksi bagi akhbar utama Berita Harian akan membuat cabutan untuk menentukan siapa pemenang untuk minggu berkenaan.

Nantikan maklumat lanjut untuk minggu-minggu seterusnya di laman web ini dan juga di Facebook BH Auto. Kami juga boleh diikuti melalui Twitter: bhautomy.