Berita / Komuniti

Perodua raikan Hari Gawai

May 16, 2016 · 16:03 PM

Perodua 1

Bersempena ‘Hari Gawai’ dan cuti penggal pertama persekolahan, Perodua meraikan 44 kanak-kanak Salvation Army yang terletak di Kuching dengan menyumbangkan peralatan sekolah, barangan runcit dan wang tunai untuk perbelanjaan rumah kebajikan itu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, “Kami memilih tempoh ini kerana ia merupakan sambutan bagi kebanyakkan orang di negeri ini dan kami mahu menjadikan ia memori yang mengembirakan untuk mereka.”

Sebanyak 44 buah beg sekolah termasuk alat tulis, barangan runcit bernilai RM500 ddan sumbangan bernilai RM5,000 diberikan kepada Salvation Army.

Gawai Dayak, atau kerana ia lebih dikenali sebagai Festival Dayak adalah perayaan bagi menandakan berakhirnya musim menuai, yang biasanya jatuh pada 1 dan 2 Jun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.