Berita / Komuniti

Program BMW Safety 360° yang ketiga

May 11, 2016 · 15:36 PM

BMW 02

BMW Group Malaysia melancarkan edisi ketiga program BMW Safety 360° dengan kerjasama Julia Gabriel Centre dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dengan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai etika di atas jalan raya, teknologi keselamatan di dalam kenderaan dan amalan selamat.

Sepanjang tempoh enam bulan program ini, BMW Group Malaysia akan melawat pusat asuhan kanak-kanak (tadika) dan Montessori terpilih di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan sikap lebih bertanggungjawab serta menggunakan sistem keselamatan di dalam kenderaan di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, “Untuk program tahun ini kami mahu berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ini kerana kami percaya mereka ialah  golongan yang perlu diberi perhatian dalam isu-isu tentang keselamatan jalan raya, terutama yang berkait rapat dengan kanak-kanak.”

BMW Group Malaysia juga bekerjasama dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) untuk menyampaikan mesej mengenai keselamatan kanak-kanak yang lebih berkesan kepada ibu bapa mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.