Berita / Produk

Program jaminan enjin pertama dari Shell Helix

May 11, 2016 · 14:51 PM

Photo 1

Shell Helix, minyak pelincir yang terkenal di dalam mengunjurkan sempadan inovasi bagi pemandu dan kenderaan melancarkan program jaminan enjin yang pertama di Malaysia, dikenali sebagai Shell Helix Engine Warranty (S.H.E.W).

Pemandu yang melakukan servis kenderaan mereka dengan menggunakan Shell Helix Ultra dengan PurePlus Technology, minyak pelincir terkini dan termaju yang dihasilkan Shell, akan menerima jaminan terhadap kegagalan enjin yang disebabkan oleh minyak pelincir sehingga 12 tahun atau 200,000 kilometer dari tarikh kenderaan dikeluarkan (yang mana dahulu). Jaminan yang sama turut sah bagi pembelian Shell Helix HX 7.

S.H.E.W yang dilancarkan pada tahun 2014 akan melindungi dan menanggung kos baik pulih atau gantian bagi 15 komponen enjin yang berkecenderungan untuk rosak sekiranya Shell Helix yang digunakan gagal untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada enjin.

Pemilik kenderaan yang layak dan berdaftar di bawah program S.H.E.W boleh menebus semula sehingga RM15,000 (bagi pengguna Shell Helix Ultra dengan PurePlus Technology) dan RM8,000 (bagi pengguna Shell Helix HX7) bagi kos baik pulih.

S.H.E.W ditawarkan untuk kenderaan penumpang peribadi yang didaftarkan untuk beroperasi di Malaysia dan berusia lapan tahun ke bawah atau jarak perbatuannya tidak melebihi 100,000 kilometer. Pendaftaran S.H.E.W adalah mudah dan ringkas.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik kenderaan ialah melakukan penyalinan atau penukaran minyak enjin di mana-mana bengkel sah di bawah program S.H.E.W; mekanik-mekanik terlatih di sana akan membantu bagi proses pendaftaran. Pelanggan yang menukar minyak kenderaan mereka sendiri juga boleh membeli minyak pelincir Shell Helix Ultra atau Shell Helix HX 7 dari stesen petrol Shell dan menghubungi talian pelanggan S.H.E.W untuk tujuan itu atau mendaftar secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut tentang S.H.E.W, layari  www.shell.com.my/helixwarranty

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.