Memakan pelaburan sebanyak RM1 juta, pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) pertama bagi motosikal jenama Vespa kini dibuka kepada orang ramai di Naza Automall, Petaling Jaya.
Kemudahan ini terletak di tapak seluas 3,000 kaki persegi dan menempatkan tiga tapak servis dan pusat pameran motosikal serta barangan dan aksesori Vespa.
Bagi pusat pameran, ia dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam manakala bengkel servis pula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 9 pagi hingga 1 petang (Sabtu).
Menjelang akhir tahun ini, Naza Premira merancang untuk membuka empat lagi pusat pameran di Pulau Pinang, Melaka, Johor Bharu dan Puchong.










