Berita

Motosikal: Regal Raptor di Malaysia

Nov 26, 2013 · 14:35 PM

Bakal dilancarkan secara rasmi awal tahun depan

Regal Raptor merupakan jenama yang tidak asing lagi buat Malaysia, jika dahulunya jenama ini sering kali didengari di Singapura dan Brunei, sekarang Regal Raptor Momos sudah boleh diperolehi di mana-mana rangkaian kedai motosikal Chear Motor Sdn Bhd.

Antara barisan model yang akan dipasarkan ialah  Momos Spyder 350 dan Momos Daytona 350, kedua-duanya model motosikal chopper dengan kapasiti enjin 320cc.

Kedua-dua model berkenaan menggunakan enjin Regal Raptor 320cc dengan sistem penyejuk cecair dan sistem karburator moden menjanakan daya kuasa yang mantap mampu beroperasi secara cekap dan menawarkan penggunaan bahan api yang menjimatkan.

Chear Motor menjangkakan jualan sebanyak 150 unit sebulan diseluruh Malaysia kelak.

Menurut Pengarah Urusan Chear Motor Sdn Bhd, Datuk Chear Kin Keong, motosikal ini bukan sahaja berjaya menarik minat penggemar motosikal jenis chopper, malah keupayaan dan prestasi motosikal ini turut menjadi taruhan dan mampu berjalan jauh sepertimana model lain yang terdapat di Malaysia.

Beliau turut menambah, dengan adanya persaingan sihat dari jenama lain, beliau yakin penembusan pasaran bakal melonjakkan lagi pasaran motosikal terbabit, dengan adanya pengiklanan dan promosi di media.

Sebarang keterangan lanjut mengenai motosikal atau pengedaran boleh terus menghubungi Chear Motor Sdn Bhd (Ibupejabat) ditalian 03-3341 4593 atau email ke customer_service@chearmotor.com. Atau, boleh juga layari laman sesawang rasmi di http://Chearmotor.com. – Umzarul Faiz.

16 responses to “Motosikal: Regal Raptor di Malaysia”

  1. Mohd Azri says:

    Saya telah membeli Chopper regal reptor 320 cc.Persoalan adakah alat ganti mudah didapati?

    • Stephen says:

      Bro, alat ganti senang dapat Dan harga tidak tinggi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya , 0123871486 stephen. Thanks

  2. M.C says:

    adakah daripada enjin honda rebel 250 sepertimana terdapat di motor DEMAK caugar??

  3. Nazif says:

    Motor ni made in mana?

  4. Rosmizi says:

    Spider atau Daytona?
    Apakah perbezaan antara kedua model ini selain dari handle bar dan kedudukan tayar depan yang boleh dilihat dgn jelas dari gambar? Ada beza tak pada kualiti, ketahanan, top speed, bunyi ekzos, saiz dan kedudukan tangki etc.?

    Bagaimanakah tahap jualan mereka sekarang? Any issue so far dari customers? Spare parts senang dan murah?

    Mohon response

  5. stephen says:

    easy rider daytona 350 sudah popular dlm europe. Ramai orang putih pakai daytona 350. Daytona 350 jika tak salah adalah made in china dan eksport ke europe market. feedback motor ni adalah baik berbanding dengan demak cougar. Saya telah buat study utk daytona 350 ni. i planning nak beli satu. Member sini, jika ada sebarang pertanyaan boleh call 0123871486 stephen utk sharing motor ni. TQ

  6. pawljohn says:

    cutting spyder memang cun melecun macam titan sidewinder je… dengan tag harga 16k++ memang sangat berbaloi dan aku pun dah berangan ni nak sambar satu, cuma mungkin sound takde la mengancam pasal cc kecik… hehehe

  7. ewanfall says:

    Regal Raptor pakai enjin ape?…

  8. stephen says:

    regal raptor daytona 350 sama dengan Johnny Pag usa.

  9. zam says:

    Dari mula launch motor ni sampai sekarang, macamane sambutan dan jumlah jualan sebulan dan semua keseluruhan? Masih jarang nampak atas jalanraya

  10. Hidayat says:

    Berminat juga untuk mencuba Daytona tetapi masih ragu tentang alat ganti,assessories dan sebagainya…

  11. stephen says:

    https://www.facebook.com/groups/254317471391217/

    welcome join the regal raptor daytona 350 malaysia.

  12. Nazrie says:

    Bila mau masuk Sabah?

  13. Osry says:

    Daytona 350 bobber ad x lg kat malaysia

  14. MR LIM says:

    ANY SPARE PART FOR MOMOS U CAN COL 012-2863757 MR LIM… SPARE PART MADASS 125 OR SPYDER N DAYTONA…. TQQQ

  15. Cak om says:

    Regal rapter adalah motor paling ku minati, reka bentuk nye memenuhi citarasa saya, saya sudah memiliki satu, anda bila lagi.. Saya pilih bobber kerana designnye sangat memuaskan hati saya, sebab ianye berbentuk clasik…

Leave a Reply

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.