Jenama minyak pelincir dariUK, Rock Oil mempunyai pengalaman dan kepakaran lebih 83 tahun dalam industri penghasilan minyak pelincir antarabangsa.
Dengan penglibatan di dalam industri automotif terutama bidang sukan permotoran, ia membuahkan hasil dengan terciptanya minyak pelincir berkualiti tinggi yang turut meletakkan Rock Oil berada di barisan hadapan dalam teknologi pembuatan minyak pelincir ketika ini.
Diimport terus dari UK bagi memastikan kualiti produk tetap kekal asli dan bermutu sebelum dipasarkan, Rock Oil Auto Lube Sdn.Bhd yang beroperasi di Pulau Pinang adalah pengedar sah dan tunggal jenama itu di Malaysia.
Buktinya, setelah hampir 5 tahun berada di dalam pasaran tempatan, permintaan terhadap produk Rock Oil semakin meningkat, terutama dalam industri automotif.
Synthesis 4 Auto Range ialah pelincir sintetik sepenuhnya adalah produk kebanggaan Rock Oil dengan speksifikasi terbaru API dan ACEA bertujuan memastikan kelancaran perjalanan enjin. Semasa ujian pembangunan yang dijalankan secara intensif, Synthesis 4 terbukti menjadi pelincir yang lasak dengan julat kelikatan yang besarnya memberikan perlindungan unggul dalam pelbagai cuaca dan keadaan ketika diuji menggunakan enjin jentera perlumbaan.
Sesuai untuk semua gaya pemanduan sama ada bagi perjalanan sekitar bandar mahupun lebuh raya, minyak Rock Oil mempunyai kelikatan yang rendah bagi memudahkan pelincir mengalir ketika enjin sejuk seterusnya memastikan perlindungan bermula seawal enjin dihidupkan.
Synthesis 4 Auto Range sesuai untuk kenderaan mewah dan berpretasi tinggi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh anda boleh melayari laman Facebook: Rock Oil Malaysia. – Izzudin Kamarudin, 30 November 2011.





