Berita / Komuniti

Sekolah Teknikal Isuzu dibuka

May 16, 2016 · 15:15 PM

ITS

Isuzu Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memulakan pengambilan lima orang perantis pertama untuk Sekolah Teknikal Isuzu (ITS) daripada kumpulan perintis memulakan kursus selama enam bulan.

Penubuhan ITS yang bertujuan  membina asas yang lebih kukuh dalam menghasilkan mekanik-mekanik yang berkemahiran tinggi di dalam negara ini di samping menambah baik tahap kecekapan pusat servis Isuzu.

Kursus ITS merangkumi kelas teori dan amali itu akan dijalankan selama enam bulan dengan menggunakan silibus yang dibangunkan oleh Isuzu Malaysia di bawah bimbingan Jabatan JPK Malaysia. Ia melibatkan prinsip-prinsip asas operasi bengkel, sistem operasi kenderaan komersial, prosedur servis dan penyelenggaraan serta kemahiran baik pulih (overhaul) komponen.

Bahagian terakhir program melibatkan latihan amali di bengkel-bengkel Isuzu. Perantis akan didedahkan dengan persekitaran pekerjaan dalam dunia sebenar di bengkel-bengkel komersial, prosedur kerja,  mengurus kehendak pelanggan dan mengendalikan operasi alat ganti. Pelatih yang terpilih ini akan berusaha untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia – Tahap II (SKM II) pada akhir kursus tersebut.

Untuk menyertai ITS, calon berpotensi perlu memiliki kredit SPM dalam mata pelajaran matematik dan sains. Untuk maklumat lanjut berkaitan program latihan ini, mereka boleh menghubungi Sekolah Teknikal Isuzu menerusi laman web: www.isuzu.net.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.