Tahun ini, perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia 2012 pusingan 7 dan 8 yang dijadualkan berlangsung sebagai perlumbaan sokongan kepada Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER) 2012 di Litar Sepang 30 Ogos hingga 2 September ini bakal menyaksikan pasukan Sime Darby Auto Performance (SDAP) turut bersaing dengan diwakili oleh pemandu jemputannya, Tan Sri Azman Yahya.
Sebagai seorang penggemar dan pemilik kenderaan Porsche, Azman bukan lagi asing dalam dunia permotoran di mana sebelum ini pernah menjuarai kategori Open MMER 2004 dan kategori Supercars dalam Malaysian Super Series 2004.
Disebabkan semua kenderaan yang berlumba dalam PCCA adalah sama iaitu Porsche 911 GT3 Cup, perlumbaan ini bakal menyaksikan saingan sengit dan mengutamakan kemahiran serta saingan antara pemandu.








