Bolehkah pihak BH Auto senaraikan jadual pameran auto show atau pertunjukan permotoran yang akan berlangsung tahun ini? 01115033422
Boleh. Akan kami sertakan baki pameran permotoran tempatan dan antarabangsa nanti. Layari juga www.bhauto.my untuk kemaskini terbaru.

‘Borrega’ model daripada Kia atau Hyundai? Saya nak gambar papan pemukanya dan gambar model tersebut. Bila ia akan dilancarkan di Malaysia? 0183584190
Yang dimaksudkan ialah model Kia Borrego, sebuah kenderaan SUV keluaran syarikat Korea itu. Setakat ini, belum ada maklumat tentang pengenalannya di Malaysia.

Bilakah Naza Kia akan melancarkan Kia Cadenza K7 sedan untuk pasaran Malaysia? 0183584190
Yang terdekat, model Kia Rio akan diperkenalkan tahun ini. Bagi dua model yang dinyatakan ini, masih belum ada pengesahan sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia dalam waktu terdekat.

Apakah perbezaan hp dan bhp? 0197123477
hp – horsepower, unit kiraan untuk kuasa enjin. Manakala bhp – brake horse power, kuasa yang bermanfaat daripada enjin, dikira melalui rintangan pada brek yang dikenakan.

Minta pihak BH Auto buat pandu uji motosikal skuter dan naked keluaran SYM yang baru. 0193189091
Pasti akan diusahakan. Nantikan juga laporan lawatan BH Auto ke SYM Taiwan nanti.

Bilakah Kia Optima Limited akan dilancarkan di Malaysia? 0166270441
Belum di sahkan lagi.

Pernahkah Proton merancang untuk membuat model kompak seperti Myvi? 0143429709
Proton pernah memiliki model kompak, iaitu Tiara dan Savvy.

Naza Kia kata mereka akan melancarkan beberapa model baru tahun ini yang elegan dan aerodinamik. Apakah model tersebut dan bila ia akan dilancarkan? 0183584190
Kebarangkalian yang paling tinggi ialah Kia Rio.

Saya cadangkan BH Auto mengambil tindakan sewajarnya. Saya mencadangkan BH Auto memaparkan artikel tentang kereta buatan Korea seperti Kia Buzz, Hyundai Buzz, dan SsangYong Buzz setiap minggu. Saya juga nak tahun model-model sedan, MPV, SUV, kompak, sport dan kereta konsep buatan Korea 0102564322
Kia Buzz ialah sisipan khas advertorial bagi jenama Kia, dan bukannya untuk jenama-jenama lain dari Korea. Laporan tentang kenderaan Korea memang selalu dipaparkan di dalam sisipan BH Auto. Rujuk juga arkib laporan di www.bhauto.my.

Boleh tak penulis terangkan secara am bagaimana jika seseorang mahu membangunkan syarikat automotif secara persendirian dan kerjasama dengan syarikat lain. Apa kelebihan dan kekurangannya? 0173930097
Soalan anda terlalu umum. Untuk maklumat penubuhan syarikat, sila rujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Usaha sama memberikan kelebihan lain seperti perkongsian teknologi dan kepakaran.

Mana lebih berkuasa antara Proton Satria Neo S2000 dengan Honda Civic? 0176888727
S2000 ialah sebuah jentera rali dan lebih berkuasa.

Saya cadangkan pihak BH Auto siarkan berita mengenai perlumbaan rali yang disertai Proton di Queensland, Australia, New Caledonia dan Mone Carlo. 0176888727
Berita-berita rali Proton sering kami paparkan. Mungkin selepas ini BH Auto akan mengusahakan satu laporan khas berkaitan itu.

Exora Bold CFE ada disertakan suis SAT. Apakah fungsi SAT semasa memandu dan bila ia patut digunakan? Adakah ia menjimatkan? 0169496007
Oleh kerana Exora Bold CFE menggunakan transmisi CVT (yang tidak mempunyaian peralihan gear atau tingkat gear yang berbeza seperti gear automatik biasa), maka SAT disediakan. Dalam bahasa mudah, ia seperti menghadirkan ‘rasa’ pertukaran gear berkenaan.

Apakah jenis turbo yang digunakan oleh Proton Saria Neo S2000 dalam perlumbaan rali di Monte Carlo? Adakah dari jenis Big Turbo? 0176888727
Neo S2000 menggunakan enjin Renault 1.8 (yang pernah terdapat pada Waja), ‘naturally asporated’ dan tanpa turbo. Untuk maklumat lanjut, layari laman khas Proton Motorsport di http://protonmotorsports.wordpress.com.

Proton Exora CFE 1.6 dikatakan berkuasa seperti MPV yang berkapasiti 2.0. Bolehkah pihak BH Auto membuat perbandingan dengan Toyota Innova? Bandingkan dari segi penggunaan minyak, kuasa dan sebagainya supaya segala berita yang diwar-warkan tersebut dapat dibuktikan dengan fakta. 0134686777
Terima kasih di atas cadangan ini.

Berapakah harga Nissan Leaf dan bilakah BH Auto akan membuat pandu uji? 0127494664
LEAF yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Nissan adalah hanya untuk kegunaan program perintis dan bukannya untuk dijual. BH Auto sedang menanti model berkenaan untuk pandu uji.

Adakah Proton Perdana V6 boleh dijadikan sebagai kereta drift? Saya pernah tengok Proton Waja melakukan drift dipandu oleh Karamjit Singh. 0176888727
Kereta digunakan untuk drift adalah dari pacuan belakang. Maka, selepas pengubahsuaian yang sewajarnya, tentu boleh.

Berapakah kuasa kuda Proton Saria Neo S2000 yang menyertai perlumbaan rali dunia di Monte Carlo? Adakah kuasa kudanya melebihi 400hp? 0176888727
278bhp.

Kenapa MPV Volkswagen Cross Touran 1.4, Jetta 1.4, Peugeot 508 1.6, Volkswagen Passat dan Ford Mondeo 2.0 dijual begitu mahal namun menggunakan enjin bersesaran kecil? Adakah ia disebabkan oleh cukai? 0183584190
+ Ada dua perkara yang menentukan harga kenderaan; cukai dan teknologi. Enjin berkapasiti kecil yang mampu menjana lebih kuasa daripada biasa tentulah dilengkapi dengan teknologi enjin terkini.