Benarkah pendapat ramai yang menyatakan Exora Bold 1.6 CFE (turbo) lebih berkuasa dari Toyota Wish dan Livina 1.8 (A)? Bolehkah BH Auto menguji ketiga-tiga model tersebut untuk makluman pembaca? 0197110390
Janaan kuasa Exora Bold CFE relatif besar bagi enjin 1.6 liter, dengan bantuan turbo. Ia di sifatkan mampu menandingi kuasa bagi MPV 2.0 liter. Untuk mempertemukan ketiga-tiga model yang dinyatakan, itu bergantung kepada unit pandu uji masing-masing yang agak sukar diperoleh buat masa ini. Akan mempertimbang jika ada peluang.
Minta pihak BH Auto buat pandu uji Toyota Prius 1.8 yang baru. 0142685581
Tentu. Sebaik kami menerima unit pandu uji berkenaan, laporannya akan kami terbitkan.
Berapa kelajuan Honda City baru? 011114747439
+Maksud anda, kelajuan maksimum? Dengan enjin yang sama dengan versi sebelumnya, ia tidak berubah. Tidak dinyatakan kelajuan maksimumnya pada data spesifikasinya. Terbaru bagi versi 2012 ini ialah ciri Drive-By-Wire (DBW).
Bolehkah pihak BH Auto siarkan gambar satu muka penuh Proton Satria Neo S2000 yang menyertai perlumbaan rali di Monte Carlo, New Caledonia dan Australia baru-baru ini? 0176888727
Jika ada ruang, tentu saja. BH Auto juga kerap memaparkan berita-berita semasa jentera rali Proton itu. Sebagai alternatif, boleh juga layari laman web www.bhauto.my.
Adakah kenderaan seperti Motorhome, RV atau Caravan tidak dibenarkan dimiliki, didaftarkan atau dipasang di Malaysia? 0129869147
Kenderaan jenis ini memerlukan kelulusan JPJ terlebih dahulu.
Saya bercadang nak membeli Mercedes C200 tahun 02/06. Harga RM75,000. Berbaloikah? 0199860961
C200 ialah sebuah model yang menarik, dan bergantung kepada keadaan unit yang anda ingini.
Tahniah kepada peserta Kembara BH Auto. Semoga semangat itu dipanjangkan pada konvoi akan datang. 0199584808
Terima kasih.
Adakah Kia Optima K5 didatangkan dengan enjin 2.4 dan 2.5? 0183584190
Yang dijual di Malaysia, dengan enjin 2.0 liter.
Adakah Hyundai akan mencipta dan mengeluarkan versi terbaru Hyundai Trajet MPV? 0183584190
Belum ada apa-apa maklumat tentang model berkenaan, kerana MPV besar Starex adalah model yang mampu menawarkan lebih nilai kepada pelanggan.
Bilakah Honda Civic terbaru akan dilancarkan? 011114747439
Julai ini. Nantikan.
Bolehkah BH Auto pandu uji Honda Goldwing baru? 0176195074
Akan diusahakan.
Betulkah semua perlumbaan FIA GT, Kejuaraan Rali dan Touring di seluruh dunia hanya membenarkan penggunaan kereta yang ada di atas jalan sahaja? 0173930097
Ya, kejuaraan yang disebutkan adalah berpandukan kepada kenderaan yang direka untuk kegunaan jalan raya.
Tahniah Proton atas nafas baru pada Exora Bold dengan kuasa enjin yang dipertingkat. Berapa kuasa kuda Exora Bold jika dibandingkan dengan Kia Rondo, Innova, Wish 2.0 dan Stream 2.0? 0194327743
Kuasa maksimumnya 138hp. Rondo – 104hp, Innova – 100hp.
Macam mana nak cari buku panduan lengkap membaiki kereta dalam Bahasa Melayu yang boleh membantu seseorang itu hingga mahir? 0136762657
Jika dalam bahasa Inggeris, jumlahnya agak banyak. Buku teknikal di dalam bahasa Malaysia agak sukar diperoleh.




