Kereta / Pandu Uji / SUV / Ulasan

Hyundai Tucson 2016 – SUV gaya eksklusif

Mar 21, 2016 · 13:16 PM

Tucson Executive janji keselesaan

Tucson Exec 01

Menjengah ke ruang kabin SUV keluaran Hyundai ini, hati terus terpaut dengan rekaan ruangan dalamannya yang diberikan kemasan warna merah. Sepanjang penulis diberikan peluang untuk memandu kenderaan SUV, kebanyakannya kemasan ruang dalaman diberikan warna hitam atau krom.

Susunan panel di bahagian papan pemuka, kemas dan tidak mengelirukan. Ia mempunyai kemudahan sistem audio seperti radio, MP3, CD dan sistem paparan audio navigasi. Sambungan USB yang agak tersorok di bawah bahagian kawalan sistem penghawa dingin.

Kehadiran butang kawalan audio di sebelah kiri stereng memudahkan lagi capaian buat pemandu. Manakala kawalan pada sebelah kanan stereng pula menampilkan sistem pemanduan untuk menetap had kelajuan.

Tucson Exec 10

Melihat ke ruang dalaman Tucson ini, luas dan selesa merupakan antara aspek utama yang dapat dirasai. Keselesaan antara aspek yang perlu ada ketika memandu terutamanya untuk pemanduan jarak jauh. Malah faktor keselesaan bukan sahaja dapat dirasai pemandu bahkan ia juga dapat dirasai penumpang, lebih-lebih lagi dengan kawalan pendingin hawa belakang.

Prestasi pemanduan

Dari aspek pemanduan pula, penulis merasakan ia agak berat untuk pergi terutamanya apabila mahu meningkatkan kelajuan. Ia memerlukan sedikit masa sebelum mencapai kelajuan yang diingini. Dan ketika pedal minyak ditekan, akan kedengaran deraman enjin pada ruangan kabin.

Oleh kerana saiz badan SUV ini agak lebar dan besar, aspek kestabilan Tucson yang dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan FWD pastinya berada pada tahap yang baik terutama ketika memandu pada jalan berselekoh.

Fungsi menarik

Tucson Exec 16

Kedudukan tempat duduk pemandu yang boleh dilaras secara elektronik pastinya merupakan antara kemudahan yang menyenangkan pemandu terutamanya pemandu bersaiz kecil. Ketinggian tempat duduk yang turut boleh dilaras juga merupakan antara kelebihan yang penulis gemari.

Teknologi yang paling penulis gemari pada kenderaan Hyundai adalah mempunyai butang kawalan ‘Auto Hold’; berada berhampiran dengan kotak gear yang berfungsi memberhentikan pergerakan kereta tanpa perlu menukar ke gear ‘N’ ataupun menggunakan brek tangan.

Sebagai contoh, ketika memberhentikan kereta di lampu isyarat, pemandu hanya perlu menekan pedal brek sehingga terpapar ‘Auto Hold’ di meter tanpa perlu menukar gear ‘D’ ke ‘N’ dan apabila ingin meneruskan perjalanan, hanya perlu menekan pedal minyak.

Tucson Exec 06

Bagi peminat kenderaan jenis SUV, yang mementingkan gaya Hyundai Tucson Executive ini boleh dijadikan sebagai pilihan kerana ia menjanjikan keselesaan dari segi pemanduan dan keluasan ruangan kabin.  Pastinya ia sebuah kenderaan yang amat sesuai buat mereka yang gemar berjalan jauh, mahu pun suka membeli-belah. -Asyikin Md Isa

 

Spesifikasi Hyundai Tucson

Enjin:  NU 2.0L MPi 4-silinder

Kuasa maksimum:  155ps @6, 000rpm

Tork maksimum: 192Nm @ 3, 750rpm

Transmisi: Automatik 6-kelajuan FWD

Ciri-ciri keselamatan: Enam beg udara depan, Electronic Parking Brake (EPB), Parking Assist System (PAS), pengurusan kawalan imbangan (VSM) dan lain-lain.

Harga:  RM142,632.60 (atas jalan tanpa insurans termasuk GST)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.