EMPAT hingga lima jenama tayar bahkan yang sudah terkenal di pasaran, pernah diuji namun hanya Maxxis MA3D Diamond yang menepati cita rasa dan mampu menjayakan misi konvoi mengelilingi Semenanjung Malaysia 24 jam dari 17 hingga 18 September lalu.
Kehebatan dan kejayaan itu membuktikan betapa tahan lasaknya tayar buatan Taiwan ini yang digunakan pada motosikal Yamaha 135cc sepanjang konvoi berkenaan malah memecah rekod perjalanan paling jauh dalam Buku Rekod Malaysia (MBR) sebelum ini, 2,000 kilometer iaitu 2,319 kilometer.
Tayar Maxxis ini terbukti tidak terjejas langsung dengan perjalanan bermotosikal yang bermula di Arau, Perlis lalu menyusuri Pantai Timur melalui lebuh raya sebelum singgah di Johor Bahru dan berakhir di Pulau Pinang.
Malah ia sudah diperakui sebagai salah satu elemen penting apabila kejayaan konvoi mengatasi rekod lama, 2,000 kilometeritu dicatatkan dalam Buku Rekod Malaysia (MBR).
Empat sekawan penunggang yang menjayakan misi konvoi bermotosikal menggunakan tayar Maxxis itu ialah Ku Mohd. Fazly Ku Hamdan, Ramesh Kanna Veriya, Mohd. Nazri Almi dan Abdul Redzuan Abdul Rahim.
Kata mereka, bunga tayar Maxxis yang bercorak berlian ini memberikan prestasi perjalanan yang fleksibel selain tahan dengan sebarang keadaan cuaca sekali gus cukup tepat dalam menawarkan nilai tambah dan mesra pengguna jalan raya khususnya yang bermotosikal.
“Kami pernah menguji empat hingga lima jenama yang ada di antaranya sudah ternama di pasaran tetapi kesemuanya gagal menepati ujian konvoi bermotosikal jarak jauh ini apabila ia pecah, cepat haus dan menjejaskan ciri-ciri keselamatan penunggang.
“Sebaliknya tayar Maxxis tidak terjejas langsung dalam konvoi ini dan dengan teknik pemasangan yang betul dengan isian nitrogen, ia memberikan imbangan yang tepat dan mengurangkan getaran,” kata jurucakap konvoi, Ku Mohd. Fazly.
Ekoran kejayaan besar ini tidak syak lagi, Maxxis yang direka menurut spesifikasi jalan raya khususnya di negara ini, bakal melonjak ke ranking utama di antara jenama besar tayar motosikal, tidak lama lagi.
Selain terdapat di bengkel motosikal terpilih seluruh negara, maklumat lanjut tayar Maxxis turut boleh diperoleh secara melayari laman web www.maxxis.com.my atau e-mel kepada sales@maxxis.com.my atau hubungi 07-3510 919. – BH Auto, 2 November 2011.








