Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), selaku pengimport dan pengedar jenama Mitsubishi di sini memperkenalkan model Triton LITE Turbo, dengan enjin 2.5 liter serta pacuan 4×2 yang disasarkan kepada pengguna yang menginginkan sebuah kenderaan untuk apa jua perniagaan.

Model dilengkapi dengan kuasa dan prestasi mengkagumkan; enjin diesel 2.5 liter SOHC IDI Turbocharged, dengan kuasa 89 @ 4,000rpm manakala tork maksimum 196Nm @ 2,000rpm.

Ia dijual pada harga RM65,997.10* (termasuk insurans, Semenanjung) serta jaminan 3-tahun atau 100,000km yang turut didatangkan dengan pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun. - BH Auto, 13 April 2012.

* Sabah – RM66,872.90 / Sarawak – 66,963.50