Berita / Produk

Tujuh penunggang jelajah Langkawi dengan Shell Advance

May 24, 2016 · 13:50 PM

#Advance2Langkawi 4

Tujuh kaki motor bertuah telah memenangi percutian jelajah 5 hari 4 malam ke Langkawi sebagai pemenang peraduan pengguna Shell Advance #Advance2Langkawi yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu.

Ketujuh-tujuh mereka terdiri daripada Keith Ow dari Pulau Pinang; Ng Yao Ding dari Ipoh; Zahed Abdul Rahman isteri, Hamidah Hassan dari Rawang; Koong Wai Hoong dan Shamsul Ridzuan Idris dari Kuala Lumpur; dan Miazil Harina Jores dari Johor Bahru.

Lebih 700 penyertaan untuk Peraduan Shell Advance diterima. Pemenang telah dipilih berasaskan gambar menunggang motosikal terbaik yang mereka muat naik dan kongsi di media sosial dengan hashtag #Advance2Langkawi.

Sebagai sebahagian daripada persediaan untuk percutian jelajah tersebut dari 18 hingga 22 Mei 2016, Shell Advance menawarkan tukaran minyak percuma bagi motosikal pemenang supaya mereka dapat mengalami sendiri kuasa luar biasa dan tunggangan lebih lancar Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus.  Sepanjang perjalanan pergi balik hampir 1,200km dari Kuala Lumpur ke Langkawi dan kembali, semua motosikal dipacu oleh bahan api Shell V-Power.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/advancerace.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.