Berita / Trak

UD Trucks perkenal UD Quester 8L

May 23, 2016 · 13:01 PM

Photo 04

Tan Chong Industrial Equipment (TCIE), pengedar tunggal UD Trucks di Malaysia memperkenalkan Quester 8L baharu untuk pasaran Malaysia. Dengan penambahan ini, sekali gus menjadikan UD Trucks sebagai antara jenama yang menawarkan pelbagai trak yang memenuhi pelbagai keperluan.

Quester 8L yang merupakan penambahan kepada Quester 11L sedia ada, memperluaskan kepelbagaian trak tugas berat dalam memenuhi keperluan pernigaan dalam pebagai industri. Trak baharu Quester 8L ini didatangkan dalam tiga model; 4×4, 6×2 dan 6×4.

Trak Quester keluaran UD Trucks terkenal dengan kemampuannya dalam memberikan aspek kecekapan penggunaan bahan api bertaraf dunia, kebolehpercayaan dan ketahanan dalam pelbagai aspek bersama harga yang berpatutan.

Sebagai sebahagian daripada pakej jualan, pelanggan yang membeli sebarang model trak tugas berat UD Quester akan menikmati setahun penyelenggaran percuma bersama jaminan kenderaan 2-tahun. Selain itu, TCIE turut menawarkan harga promosi bagi penempahan awal untuk dua model UD Quester sehingga tempoh 30 Jun 2016.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri UD Quester dan potongan harga yang diberikan, pelanggan boleh mengunjungi pengedar yang berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.