Berita / Kereta / Sedan

Volkswagen Vento dilancarkan

May 24, 2016 · 13:41 PM

vento 2

Volkswagen Malaysia memperkenalkan sedan baharu yang serba lengkap Volkswagen Vento. Merupakan model pemasangan tempatan, Vento ditawarkan dalam  tiga varian; Trendline, Comfortline dan Highline.

Vento Highline dikuasakan oleh enjin 1.2 TSI bersama pengecas turbo ia mampu menjana kuasa 105PS. Dipadankan dengan kotak gear DSG 7 kelajuan bersama tork maksimum 175Nm. Ia menawarkan penggunaan bahan api yang cekap dengan hanya 5.5Lbagi setiap 100km.

Varian Comfortline dan Trendline 1.6L hadir bersama transmisi automatik enam kelajuan bersama fungsi Tiptronic dengan kuasa 105PS, tork maksimum 153NM dan penggunaan bahan api sekitar 6.5l bagi setiap 100km.

Vento menyerlahkan DNA rekaan Volkswagen yang menggabungkan aspek bentuk dan fungsi dengan sempurna.  Gril krom dan garis sisi bergaya, digabungkan dengan postur yang mantap nyata memberikan Vento gayaan luaran yang kontemporari dan elegan.

vento 1

Vento baharu ditawarkan pada harga RM79,888* untuk Trendline, RM86,888* untuk  Comfortline dan  RM93,888* bagi Highline. Lima warna menarik disediakan; Candy White, Flash Red, Reflex Silver, Carbon Steel Grey dan Deep Black. (*harga tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Untuk Semenanjung Malaysia)

Tempahan dan pandu uji boleh dilakukan di semua bilik pameran Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.