Berita / Kereta / Kompak / Produk

Warna menarik dan diskaun untuk Myvi baharu

May 9, 2016 · 15:26 PM

Myvi Advance_Two Tone_Front

Sempena kempen ‘Lovve of the Nation’, Perodua memperkenalkan harga baharu Perodua Myvi 1.5L dengan penjimatan RM3,650 bagi varian Myvi 1.5SE dan RM3,800 untuk varian Advance bagi tempoh bermula 7 Mei hingga 5 Julai 2016 sahaja.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, “Perodua Myvi merupakan antara model terlaris dan kempen khas ini adalah sebagai ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia.”

Senarai harga baharu;

Varian Harga Kini Tawaran Perbezaan
1.3L

 

Standard (MT) – Solid RM 40,862.16 Unchanged N/A
Standard (AT) – Solid

 

RM 43,862.15

 

Unchanged

 

N/A

 

1.5L SE (MT) RM50,368.50 RM46,568.00 RM3,800.50
SE (AT) RM53,368.50 RM49,568.00 RM3,800.50
Advance (AT) RM58,368.50 RM54,718.00 RM3,650.50
Advance (AT) 2-warna N/A RM55,118.00 N/A

 

Selain itu, untuk varian Myvi Advance boleh didapati dalam dua-warna, gabungan Metallic Ebony Black & Electric Blue yang direka khas untuk golongan muda dan mereka yang berjiwa muda pada harga RM55,118.00.

Selain itu, Perodua turut melakukan pelarasan varian Myvi lain bersesuaian dengan kehendak pasaran semasa. Susulan itu, model 1.3L Premium X (AT) dan Premium XS akan dihentikan pengeluaran secara berkala.

ProGanti

Sebagai tambahan lain, Perodua memperkenalkan ProGanti, iaitu alat ganti berkualiti dan boleh dipercayai pada harga yang berpatutan. Untuk permulaan, 6 alat ganti yang kerap digunakan akan diperkenalkan dibawah ProGanti dengan waranti 6 bulan, dan menjelang hujung tahun ini sebanyak 30 item akan ditambah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.